Saturday, 4 May 2019

KEBANGKITAN BANGSA MELAYU

Sejak bila bangsa Melayu mula bangkit dari kemunduran?Kita imbas kembali sejarah moden di tanah air kita iaitu selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.Apa yang berlaku pada rakyat dan kehidupan mereka di Tanah Melayu?Sebenarnya banyak perubahan yang berlaku terutamanya dari segi kesedaran untuk tidak lagi dijajah di tempat sendiri.Pada Disember 1941,Jepun mula menduduki Tanah Melayu dan berjaya menakluk keseluruhan Tanah Melayu dalam beberapa bulan sahaja.Semangat perjuangan tentera Jepun sememangnya patut dicontohi oleh rakyat Malaysia dan disebabkan itulah Dasar Pandang Ke Timur mula diterapkan kembali dalam kalangan rakyat Malaysia.Tentera Jepun yang datang ke Tanah Melayu majoritinya golongan bujang dan muda.Taat setia mereka kepada Maharaja mereka pun menjadi faktor utama penaklukan mereka.Sesiapa yang ingkar terhadap Maharaja Jepun akan dianggap derhaka dan akan dihukum pancung.Jadi tak heranlah sebuah kerajaan yang hebat macam British pun boleh dikalahkan macam tu saja.