Saturday, 4 May 2019

KEBANGKITAN BANGSA MELAYU

Sejak bila bangsa Melayu mula bangkit dari kemunduran?Kita imbas kembali sejarah moden di tanah air kita iaitu selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.Apa yang berlaku pada rakyat dan kehidupan mereka di Tanah Melayu?Sebenarnya banyak perubahan yang berlaku terutamanya dari segi kesedaran untuk tidak lagi dijajah di tempat sendiri.Pada Disember 1941,Jepun mula menduduki Tanah Melayu dan berjaya menakluk keseluruhan Tanah Melayu dalam beberapa bulan sahaja.Semangat perjuangan tentera Jepun sememangnya patut dicontohi oleh rakyat Malaysia dan disebabkan itulah Dasar Pandang Ke Timur mula diterapkan kembali dalam kalangan rakyat Malaysia.Tentera Jepun yang datang ke Tanah Melayu majoritinya golongan bujang dan muda.Taat setia mereka kepada Maharaja mereka pun menjadi faktor utama penaklukan mereka.Sesiapa yang ingkar terhadap Maharaja Jepun akan dianggap derhaka dan akan dihukum pancung.Jadi tak heranlah sebuah kerajaan yang hebat macam British pun boleh dikalahkan macam tu saja.

Monday, 18 June 2018

60 Tahun Malaysia Merdeka

   Alhamdulillah pada 31 Ogos setiap tahun,Malaysia pasti mengingati sebuah peristiwa yang bakal terpahat pada hati bangsa Malaysia.Siapakah 'Bangsa Malaysia' dan mengapa tidak dinyatakan bangsa-bangsa di Malaysia?Ya,memang banyak bangsa di Malaysia dan mengapa sekurang kurangnya tidak menyebut tiga kaum majoriti di Malaysia?Hal ini kerana kita adalah satu ikatan yang berada seperti dalam sebuah kapal.Sebab tu dulu logo Parti Perikatan(sekarang Barisan Nasional) adalah logo kapal layar.Buat pengetahuan semua,Parti Perikatan dah lalui sebanyak 3 Pilihanraya Umum dan menang kesemuanya walaupun ramai calon calon parti ini yang kehilangan kerusi mereka pada PRU 3 (10 Mei 1969).






Lambang penyatuan 3 parti politik utama ketika itu (UMNO,MCA dan MIC)



Dari segi sejarah kemerdekaan negara pula,penubuhan Parti Perikatan ini pada tahun 1952 merupakan salah sebuah daripada isi Pakatan Murni.Pakatan Murni dilaksanakan bagi memenuhi kehendak British yang mahu memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu iaitu dengan adanya penyatuan kaum.Lanjutan itu,Pilihan Raya Majlis Perbandaran,Pilihan Raya Negeri diadakan hasil Pakatan Murni.Pada tahun 1955,Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan dan Parti Perikatan telah menang besar dalam pilihan raya ini setelah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.1 kerusi dimenangi oleh Parti Islam Se-Malaya (PAS).
Banyak kan kerusi yang parti gabungan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ini menang kan?
Hal ini disebabkan salah satu manifesto menariknya iaitu Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun.Bermakna negara kita sepatutnya merdeka pada tahun 1959 lah kan?Namun disebabkan kebijaksanaan para pemimpin ketika itu,kita berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Pernahkah kita terfikir mengapa tarikh 31 Ogos yang dipilih?Sebenarnya,Tunku telah pun berjumpa dengan seorang ulama' yang masyhur di Pulau Pinang iaitu Syeikh Abdullah Fahim.Beliau merupakan datuk kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.Menurut beliau yang merupakan pakar dalam ilmu falak,pada tarikh 31 Ogos 1957 semua planet berada dalam kedudukan sebaris.Jika tarikh tersebut tidak dipilih,maka tarikh yang elok untuk
dipilih pula adalah pada 31 Ogos 1962.Jadi,pada 20 Februari 1956,Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman tarikh tersebut di Padang Hilir,Melaka.Akhirnya,tanggal 31 Ogos 1957,Tanah Melayu pun mencapai kemerdekaan.



Sehingga hari ini,Malaysia sudah pun 60 tahun mencapai kemerdekaan.Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini tak semestinya berkekalan selamanya seperti parti pemerintah yang memerintah negara ketika itu yang hari ini sudah tidak berkuasa lagi dek kerana kehilangan kepercayaan oleh rakyat setelah tumbang pada PRU 14 pada 9 Mei baru-baru ini.Rakyat Malaysia sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka demi masa depan yang lebih jauh dan juga memikirkan masa depan anak-anak mereka 5 tahun dari sekarang.Sekarang,Pakatan Harapan menerajui pentadbiran negara kita setelah Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan Malaysia selama 61 tahun.

                                                

              






Saturday, 21 November 2015

PENGALAMAN DI SM SULTAN ABDUL HALIM JENAN

Ana dilahirkan pada 9/7/01.Pada tahun 2013,ana ambil UPSR dan berjaya dapat keputusan cemerlang 5A.Belum tiba rezeki,aku ditempatkan di SMK Jitra ambilan pertama tingkatan 1 tahun 2014.Setelah sebulan aku dok kat SMJ,aku pun dapatlah tawaran ke SM Sultan Abdul Halim (Jenan).Aku perlu lapor diri pada 12 Februari 2014.


Ini gambar bas sekolah ana (SMSAH)Besar,cantik,selesa      

Elok elok dengan tarikh aku masuk,masa tu dah dekat dengan hari sukan,memang sibuk la jugak,lagi lagi sekolah ni ada sisitem rumah.Kejap ada perjumpaan untuk hari sukan la...

Antara budaya di Jenan ni ialah apabila budak ambilan selain ambilan pertama masuk,geng first intake akan berlagak macam senior dan menggelarkan diri mereka sebagai senior sebulan.Aku pun banyak kali kena ngan geng first intake.Depa selalu kata "second intake buat stai".Fuhh terasa dalam kot.

Waktu aku form 1 ni lah tahun yang paling syok sebab asrama dok ngan senior dan ikut sistem rumah.Tak macam waktu form 2,dorm yang selama ni duduk ikut sistem rumah,ditukar dan dirombak oleh PK HEM waktu tu (Encik Ahmad Shabuddin).Kononnya dapat mengurangkan buli.Senior pun tak dapat panggil buat kerja dah.SALAH!
Senior ni licik.Mereka sentiasa cari jalan nak suruh junior ni buat kerja untuk depa.Dorm dirombak mengikut form.-BLOK C-WIRA 1:F1/F2WIRA DAN JUARA
WIRA 4:F1/F2PENDETA DAN SATERIA
ANDEKA 1:F1/F2CENDIKIA DAN ANDEKA
ANDEKA 4:F1 AMBILAN KEEMPAT(sebelum depa masuk A4 jadi bilik study)

BLOK B

SATERIA 4:F4WIRA,CENDIKIA,SATERIA
PENDETA 4:F4JUARA,ANDEKA,PENDETA
SATERIA 1:F3WIRA,CENDIKIA,SATERIA
PENDETA 1:F3JUARA,ANDEKA,PENDETA

BLOK A

JUARA 1:F5 WIRA DAN JUARA
CENDIKIA 1:F5 ANDEKA DAN CENDIKIA
CENDIKIA 4:F5 PENDETA DAN SATERIA
JUARA 4:BILIK STUDY

Jadi,dok di asrama Jenan sekarang ni,tak best dah.Dulu takda pagar,sekarang ada pagar.Mujur kami batch 1418 sempat merasa Jenan sebenarnya.Warden rombak dorm sejak form 1 report kat cikgu kata dia kena tampar ngan senior.Jadi,batch 1519 telah mengubah wajah Jenan yang tak diubah sejak berdekad lalu.Kini berubah selamanya...

Dataran Bakti...Depan dewan makan

Balik pada cerita tadi,waktu tu,aku ditempatkan di kelas 1 Dinamik.Guru kelas aku ialah Pn Rosmawati dan Pn Azizah Salleh.Aku juga minat sorang perempuan batch aku jugak rumah Sateria.Aku gelarkannya Asmidar.Kisah aku dan Asmidar bermula pada 19 April 2014 (Sabtu).Pagi tu aku dan kawan kawan rumah Wira aku bersihkan dorm.Waktu tu ada form 2 jugak.Form 2 nak skip prep ja.Kami memang nak skip dalam masa yg sama kami duty.Kalau ada senior naik tanya pasaipa kami tak pi prep kami katalah Ketua Rumah kami yang suruh duty.Waktu tu KR (ARIF IMRAN RAFI).Habis duty kami rehat rehat sembang sembang dengan form 2.Kami sembang pasai awek.Dia sembang pasai sorang budak batch kami namanya *******.Dia kta budak ni comei.Aku tak kenai pun.Aku pun tertanya tanya sapa dia.Malam tu prep kawan aku ajak aku pi kelas dia (1Arif)nak pi tengok sapa dia *******.Sampai kat pintu,kawan aku tanya sorang budak kelas tu."yg mana dia ********?"lepas tu dia tunjuk dan dia panggil si dia dan kata aku kirim salam kat dia.