Monday, 18 June 2018

60 Tahun Malaysia Merdeka

   Alhamdulillah pada 31 Ogos setiap tahun,Malaysia pasti mengingati sebuah peristiwa yang bakal terpahat pada hati bangsa Malaysia.Siapakah 'Bangsa Malaysia' dan mengapa tidak dinyatakan bangsa-bangsa di Malaysia?Ya,memang banyak bangsa di Malaysia dan mengapa sekurang kurangnya tidak menyebut tiga kaum majoriti di Malaysia?Hal ini kerana kita adalah satu ikatan yang berada seperti dalam sebuah kapal.Sebab tu dulu logo Parti Perikatan(sekarang Barisan Nasional) adalah logo kapal layar.Buat pengetahuan semua,Parti Perikatan dah lalui sebanyak 3 Pilihanraya Umum dan menang kesemuanya walaupun ramai calon calon parti ini yang kehilangan kerusi mereka pada PRU 3 (10 Mei 1969).






Lambang penyatuan 3 parti politik utama ketika itu (UMNO,MCA dan MIC)



Dari segi sejarah kemerdekaan negara pula,penubuhan Parti Perikatan ini pada tahun 1952 merupakan salah sebuah daripada isi Pakatan Murni.Pakatan Murni dilaksanakan bagi memenuhi kehendak British yang mahu memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu iaitu dengan adanya penyatuan kaum.Lanjutan itu,Pilihan Raya Majlis Perbandaran,Pilihan Raya Negeri diadakan hasil Pakatan Murni.Pada tahun 1955,Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan dan Parti Perikatan telah menang besar dalam pilihan raya ini setelah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.1 kerusi dimenangi oleh Parti Islam Se-Malaya (PAS).
Banyak kan kerusi yang parti gabungan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman ini menang kan?
Hal ini disebabkan salah satu manifesto menariknya iaitu Tanah Melayu akan mencapai kemerdekaan dalam masa empat tahun.Bermakna negara kita sepatutnya merdeka pada tahun 1959 lah kan?Namun disebabkan kebijaksanaan para pemimpin ketika itu,kita berjaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Pernahkah kita terfikir mengapa tarikh 31 Ogos yang dipilih?Sebenarnya,Tunku telah pun berjumpa dengan seorang ulama' yang masyhur di Pulau Pinang iaitu Syeikh Abdullah Fahim.Beliau merupakan datuk kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi.Menurut beliau yang merupakan pakar dalam ilmu falak,pada tarikh 31 Ogos 1957 semua planet berada dalam kedudukan sebaris.Jika tarikh tersebut tidak dipilih,maka tarikh yang elok untuk
dipilih pula adalah pada 31 Ogos 1962.Jadi,pada 20 Februari 1956,Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman tarikh tersebut di Padang Hilir,Melaka.Akhirnya,tanggal 31 Ogos 1957,Tanah Melayu pun mencapai kemerdekaan.



Sehingga hari ini,Malaysia sudah pun 60 tahun mencapai kemerdekaan.Kemerdekaan yang kita kecapi hari ini tak semestinya berkekalan selamanya seperti parti pemerintah yang memerintah negara ketika itu yang hari ini sudah tidak berkuasa lagi dek kerana kehilangan kepercayaan oleh rakyat setelah tumbang pada PRU 14 pada 9 Mei baru-baru ini.Rakyat Malaysia sudah pun menjalankan tanggungjawab mereka demi masa depan yang lebih jauh dan juga memikirkan masa depan anak-anak mereka 5 tahun dari sekarang.Sekarang,Pakatan Harapan menerajui pentadbiran negara kita setelah Barisan Nasional memegang tampuk pemerintahan Malaysia selama 61 tahun.

                                                

              






No comments:

Post a Comment